04 Oktober 2009

Dr. Asri Zainul Abidin: Hari Raya Bukan Hari Sedih


Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.



Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.




Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus
lagi mudah”

03 Oktober 2009

Jejak Kasih

Semalam aku telah dapat menghubungi beberapa rakan-rakan satu kelas masa di maktab dulu. Best sangat. Terima kasih pada Sabudin yang menghubungi aku melalui facebook. Daripadanya aku dapat contact Fauzan, lepas tu Remy, Rozidah, Lim Geok Leng, Hamzan dan Sabri. Aku cuba cari lagi member aku masa di MPMK dulu.

Raya raya 2009


Anak aku yang bongsu




Hj Wan Idris dan Hjh Hanisah bersama menantu-menantunya




Hj Wan Idris dan Hjh Hanisah bersama anak-anaknya




Keluarga Hj Wan Idris



Keluarga aku

08 September 2009

Selamat Berjuang

Kepada semua murid tahun 6 amnya dan kepada anakku Angah khas selamat menempuh peperiksaan UPSR. Buat sehabis baik dan jangan buat nak cepat siap. Buat dengan hati-hati terutama sekali dengan soalan-soalan yang mudah. Semoga sukses.

04 September 2009

Selamat Menjalani UPSR

Saya mengucapkan selamat berperang dengan UPSR yang akan diadakan pada 8 hingga 10 September ni, terutama sekali kepada anak aku nombor 2. Buat sehabis baik. Jangan risau tentang result, hanya perlu buat yang terbaik saja. Abah tak kisah tentang result kerana itu adalah ketentuan Allah tetapi yang penting adalah usaha kita. InsyaAllah jika diizinkan, Angah akan dapat result yang cemerlang. Dan kepada semua murid tahun 6 yang bakal berperang tu, harap buat yang terbaik dan semua ibubapa mendoakan kejayaan anda.

03 Julai 2009

Digital Photography Guide 2008, all tips and techniques include. Download here or kat tempat download.

19 Jun 2009

Berapa harga nama anda?


Cuba klik link di bawah jika nak tahu berapa harga nama anda. Nama aku berharga $339414033.60.

Klik di sini

Sekolah aku dulu

Hari Sukan 1971






Ni gambar-gambar sekolah lama aku, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Gambar ni aku jumpa dalam simpanan Mak aku, bekas guru sekolah tu, gambar tu ada yang aku masih belum sekolah lagi.

16 Jun 2009

Bercuti.

Hampir sebulan aku tak updatekan blog ni. Bukn tak de masa, tapi tak da mood nak menulis. Ari tu masa cuti sekolah, aku bersama keluarga telah pergi ke Teluk Intan, kerja kawin sepupu aku. Kerja kat sana terus dapat orang sana. Dah sampai sana aku ambil peluang ke Menara Condong. Tak der apa-apa kat sana tapi bolehlah tngok bahan sejarah. Lepas tu aku terus balik Bukit Gambir, Muar, rumah pak mertua aku. Dok sana 3 hari. Kemudian aku ke KL bawa anak-anak gi Petrosains. Seronok budak-budak tu. Balik dari KL terus ke rumah onge tua aku, kat Pengkalan Kubor. Habis seminggu cuti aku, kemudian masuk keje balik.









Kat Petrosains


Kat Menara Condong


Kat Menara condong


19 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Ini diambil dari emel yang dihantar oleh rakan-rakan PKG. 

Hayatilah

Yang menghafal itu Guru Sejarah,
Yang cakap berbunga itu Guru Sastera,
Teratur ayatnya Guru BM,
Gelap kulitnya Guru PJ,
Sopan orangnya Guru Sivik,
Warak orangnya Guru Agama,
Pelik orangnya Guru PS,
Power cakapnya Guru Besar,
Tak perna marah Guru Kaunseling,
Hebat bahasanya Guru ETEMS,
Banyak tusyen Guru BI,
Banyak klim Guru SBT,
Tapi...
Kalau nak tau sapa yang lebih tau???
Tanya PKG.
Nak tanya Kamera Digital..........tanya PKG
Nak tanya Pengambaran Video.......tanya PKG
Nak tanya kabel...................tanya PKG
Nak tanya PA Sistem...............tanya PKG
Nak tanya kerosakan komputer......tanya PKG
Nak tanya STS.....................tanya PKG
Nak tanya SSQS....................tanya PKG
Nak tanya PSS.....................tanya PKG
Nak tanya Nilam...................tanya PKG
NAk tanya bagaimana guna CDRI.....tanya PKG
Nak tanya guna bahan tuk p&p......tanya PKG
Nak tanya PBL.....................tanya PKG
NAk tanya KT......................tanya PKG
Nak tanya Astro...................tanya PKG
Nak tanya PuAS....................tanya PKG
Nak tanya Laman Web...............tanya PKG
Nak tanya Blog....................tanya PKG
Nak tanya apa-apa je..............tanya PKG
Di mana ada majlis guru, di situ ada PKG nya.
.....Cuma berapa ramai yang tanya pasal kabar kita???
Jawabnya....tak apa, yang penting kita ikhlas.

Selamat Hari Guru

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Drink water on empty stomach

Artikel kat bawah ni aku ambil dari emel aku. Ada member antar kat aku.

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven  its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throatdiseases. 

METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2... Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/ reduce main diseases:
1.     High Blood Pressure (30 days)
2.     Gastric (10 days)
3.     Diabetes (30 days)
4.     Constipation (10 days)
5.     Cancer (180 days)
6.     TB (90 days)
7.     Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd  week onwards – daily.
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. 

 It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active. 
 This makes sense ... The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...  For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.

It is nice to have a cup of cold drink after a meal.  However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.  Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. 
Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.  

A serious note about heart attacks:·        
  • Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,·       
  •  Be aware of intense pain in the jaw line.·       
  •  You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.·        
  • Nausea and intense sweating are also common symptoms.·        
  • 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.·       
  •  Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive... 
A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.  

15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. "Guru Pembina Negara Bangsa", itulah tema hari Guru Tahun ini. Hayatilah tema itu dengan sepositif yang mungkin. Walaupun guru sekarang sudah tidak lagi di pandang tinggi oleh masyarakat, tapi saya percaya guru-guru kita masih lagi menjalankan tugas dan amanah dengan sejujur dan seikhlasnya. Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi guru saya dari sekolah rendah sehinggalah saya sendiri menjadi seorang pendidik.

"Terima kasih cikgu,
kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru
tahu nilai budi bahasa."

dipetik dari lagu dikir Arwah Cikgu Naim, "Terima kasih Cikgu"

Ni link ke tempat untuk download lagu tema hari guru 2009.

11 Mei 2009

Masuk Opis




Dah seminggu aku tak masuk opis, last aku masuk ari Ahad minggu lepas, pastu hari Isnin aku kat SMK Belimbing ambil gambar Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Kelantan, pah tu ari Selasa dan Rabu kat situ lagi tapi Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri Kelantan juga, ari Khamis pula, member dari PKG Banggol minta tolong ambil gambar mikro teaching kat SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, orang JPN Kelantan nak. Nampaknya minggu lepas asyik usung kamera video ajer. Sepatutnya minggu lepas aku dah bereskan pemantauan ke tiga buah sekolah, tapi apa nak buat kena pikul kamera pulak. Nampaknya tertangguh lagilah SKT aku minggu lepas.
Minggu ni pulok nak edit video yang aku ambil minggu lepas, lepas edit baru antar ke JPN. Tangguh lagi jadual pemantauan aku ke sekolah. Buat kerja orang dahulu, kerja sendiri tertangguh. Apa boleh buat kita hanya menurut perintah.
 Kat atas tu gambar diambil masa pertandingan memasak, member aku yang ambil gambar still, aku pulok ambil gambar video.

10 Mei 2009

Kacau

Semalam saja-saja aku nak tukar kulit blog aku, pah tu aku tak ingat nak donlod dulu blog aku yang lama. So bilo aku tukar kulit banyak yang tak bekenan, jadi aku tukar balik yang lama, banyak benda yang aku dah buat dalam blog aku hilang. Kesian aku, kena buat semula la. Tak fasal-fasal kena bertumah (cakap kelate) semula. Padan muko aku.

09 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Buat ibu ku dan ibu mertua ku, diucapkan selamat hari ibu. Tiada hadiah yang mahal dari ku sekeluarga hanya kasih sayang yang tak pernah padam dan sentiasa mekar dihati kami. Semoga kehidupan ibu berdua sentiasa di berkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Posted by Picasa

21 April 2009

Kursus Pengurusan PSS Cemerlang dan Pengurusan NILAM 2009



Bermula 20 hingga 22 April 2009, opis aku mengadakan kursus kepada GPMS sekolah-sekolah kelompok. Fasilitator hanya Boss aku dan aku sendiri saja. Tak jemput pegawai lain, semua sibuk terutama pegawai dari BTPN kerana ada yang terpaksa pergi ke KL, Program NILAM peringkat kebangsaan dan juga ada hari bertemu pelanggan kat BTPN. So terpaksa lah handle sendiri. Harap-harap semua peserta kursus dapat mengikuti kursus ini dengan sebaiknya.
Posted by Picasa

18 April 2009

Gambar lama

Ari ni aku ado di opis, kena buka opis kerana ado sekolah buat LDP kat aku, jadi walaupun cuti terpaksa datang juga. Boring-boring ni rewang dalam internet, pergilah kat photobucket, akupun tak ingat dah, rupa-rupanya aku ada akaun kat sini dan ada simpan gambar. Gambar anak aku yang bongsu dimajlis cukur jambulnya. Gambar ni tiga tahun lepas. Klik sini untuk lihat album

13 April 2009

Exam

Hari ni hari kedua aku menduduki peperiksaan OUM, semalam aku ambik kertas pendidikan seni, ari ni pulok aku exam kertas matematik. Tinggal sa lagi kertas iaitu kertas kemahiran hidup pada 25.4.2009. Sakit palo juga. Payah wooo. Relaks sikit sekarang ni sambil tunggu 25hb ni pulok nak berperang.

26 Mac 2009

Bengkel kat Penang

Dari 23 Mac hingga 26 Mac, aku berada di BTPN Penang. Ada bengkel DDC kat sini. Kontingen Kelantan seramai 5 orang. Kasman PKG Keterah, Radzuan PKG Pasir Pekan, Wan Hussain PKG Tumpat, Wan Hisham PKG Cherang Ruku dan aku sendiri. Seronok juga kat sini, walaupun kerja agak menjemukan tapi seronok kerana dapat gi round-round Penang. Nanti upload gambar-gambar kat sini.

20 Mac 2009

Majalah Guru tahun 1953



Ada member aku bawa salinan Majalah Guru keluaran tahun 1953. Dia minta tolong aku scan untuk dimasukkan dalam assignment dia. Aku tak lepas peluang terus simpan untuk aku sekali. Ni kat bawa aku masukkan beberapa gambar Majalah Guru tersebut.







14 Mac 2009

Selawat Versi Kelantan dan Versi Moden

Sempena bulan Maulud ni, saya telah uploadkan selawat untuk anda semua. Ada dua jenis, satu versi Kelantan satu lagi versi Moden.

Donlod di sini


24 Februari 2009

Konsert Unplugged Search

Konsert ni diadakan pada tahun 1995, barang lama tapi tak puas ditengok. Kena download semua bahagian dulu (part 1,2,3,4) lepas tu unzipkannya. Selamat menonton.

Download

Aku dah masukkan beberapa link yang sapa-sapa nak download bolehlah download kat situ, ada aku masukkan software, ebook dan juga video klip. Nanti aku updatekan sentiasa link-link tersebut. Sejak ada streamyx umah aku ni, mudah sikit aku nak uploadkan file-file dan movie-movie yang ada dalam simpanan aku.

20 Februari 2009

Minggu yang sibuk

Minggu ni aku sangat sibuk. Bermula ngan hari Ahad, sibuk buat persiapan di pejabat untuk sambut boss besar, KPP aku nak buat lawatan kerja kat pejabat aku pada ari isnin, manakala hari selasa pulok, pejabat aku jadi tempat rehat VVIP  sempena kedatangan Raja Perempuan Kelantan ke situ, ada sukan rakyat. Hari rabu pulak terpaksa pergi ke PKG Kangkong, mesyuarat pengurusan kena ganti boss aku. Lepas tu ari khamis pulak buat program pemilihan tokoh nilam peringkat daerah Tanah Merah.  Wooo letihnya. Balik rumah ptg khamis tu terus lepak, baru rasa letih. Tapi puas hati.

03 Februari 2009

Berkelah di Sri Aur

Semua gambar-gambar di Sri Aur ni diambil oleh sepupu aku. Aku tak bawa kamera pada ari tu. Terima kasih Saifullah (http://www.puloh.blogspot.com)
Mak aku dan anak sedara Damia
Bapa ku sedang menjamu selera

Dari kiri Apiz, Ariq (Abg Damia), Achik dan Adik
Posted by Picasa

Berkelah di Sri Aur

Kak Long dan Adik

Hamizan

Ayang dan adik
Posted by Picasa

Berkelah di Sri Aur, Kandis

makan dulu sebelum pergi main ombak
Kak Long dan Kak Ngah

Main air laut bersama-sama anak-anakku dan anak saudara
Posted by Picasa

29 Januari 2009

Kecewa

Hari ni, setelah hampir sebulan menunggu dan bertekak dengan telokom Malaysia, barulah dipasang line telefon rumah aku. Sepatutnya mengikut appoinment semalam dipasang telefon kat rumah aku, malangnya lebih kurang, hampir pukul 5 petang, aku dapat call dari telekom memaklumkan bahawa telefon kat umah aku tak leh pasang kerana tiang dan kabel rod tak ada. Apa lagi, bertekaklah aku ngan orang tu dalam telefon. Dan selepas bertekak lebih kurang 10 minit, dia berjanji untuk mencepatkan pemasangan telefon umah aku. Ari ni, lebih kurang dalam kul 10.30 kontraktor telefon call aku nak gi pasang. Maka siap telefon umah aku, tapi aku cukup kecewa, tak boleh pakai pulak. Setelah di periksa rupa-rupanya, kabel telefon kat jalan besar dan kena curi. Celaka punya manusia yang mencuri kabel tu, dia bukan saja menyusahkan pihak telekom tapi juga penduduk kat sini. Sumpah laknat aku pada pencuri telefon tu.  Cukup kecewa aku. Minggu depan streamyx akan ada kat umah aku, tapi entah boleh atau tidak aku nak masuk internet jika kabel masih belum dibaiki. Kecewa sungguh dengan sikap manusia  yang mencuri kabel tu.

12 Januari 2009

Masjid lama


Ni gambar masjid Al Huda yang lebih lama. Akupun tak tahu gambar bila ni. Tu yang ramai-ramai, budak sekolah, dok tengok jentolak. Masa tu, ramai yang tak kenal jentolak. Gambar ni diambil dari kawasan sekolah. Sekarang ni, kawasan tempat budak sekolah tu dah jadi klinik gigi sekolah. Gambar original ada ngan aku. Buat simpanan.
Posted by Picasa