29 Januari 2009

Kecewa

Hari ni, setelah hampir sebulan menunggu dan bertekak dengan telokom Malaysia, barulah dipasang line telefon rumah aku. Sepatutnya mengikut appoinment semalam dipasang telefon kat rumah aku, malangnya lebih kurang, hampir pukul 5 petang, aku dapat call dari telekom memaklumkan bahawa telefon kat umah aku tak leh pasang kerana tiang dan kabel rod tak ada. Apa lagi, bertekaklah aku ngan orang tu dalam telefon. Dan selepas bertekak lebih kurang 10 minit, dia berjanji untuk mencepatkan pemasangan telefon umah aku. Ari ni, lebih kurang dalam kul 10.30 kontraktor telefon call aku nak gi pasang. Maka siap telefon umah aku, tapi aku cukup kecewa, tak boleh pakai pulak. Setelah di periksa rupa-rupanya, kabel telefon kat jalan besar dan kena curi. Celaka punya manusia yang mencuri kabel tu, dia bukan saja menyusahkan pihak telekom tapi juga penduduk kat sini. Sumpah laknat aku pada pencuri telefon tu.  Cukup kecewa aku. Minggu depan streamyx akan ada kat umah aku, tapi entah boleh atau tidak aku nak masuk internet jika kabel masih belum dibaiki. Kecewa sungguh dengan sikap manusia  yang mencuri kabel tu.

Tiada ulasan: