11 Mei 2009

Masuk Opis




Dah seminggu aku tak masuk opis, last aku masuk ari Ahad minggu lepas, pastu hari Isnin aku kat SMK Belimbing ambil gambar Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Kelantan, pah tu ari Selasa dan Rabu kat situ lagi tapi Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri Kelantan juga, ari Khamis pula, member dari PKG Banggol minta tolong ambil gambar mikro teaching kat SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, orang JPN Kelantan nak. Nampaknya minggu lepas asyik usung kamera video ajer. Sepatutnya minggu lepas aku dah bereskan pemantauan ke tiga buah sekolah, tapi apa nak buat kena pikul kamera pulak. Nampaknya tertangguh lagilah SKT aku minggu lepas.
Minggu ni pulok nak edit video yang aku ambil minggu lepas, lepas edit baru antar ke JPN. Tangguh lagi jadual pemantauan aku ke sekolah. Buat kerja orang dahulu, kerja sendiri tertangguh. Apa boleh buat kita hanya menurut perintah.
 Kat atas tu gambar diambil masa pertandingan memasak, member aku yang ambil gambar still, aku pulok ambil gambar video.

Tiada ulasan: