20 Februari 2009

Minggu yang sibuk

Minggu ni aku sangat sibuk. Bermula ngan hari Ahad, sibuk buat persiapan di pejabat untuk sambut boss besar, KPP aku nak buat lawatan kerja kat pejabat aku pada ari isnin, manakala hari selasa pulok, pejabat aku jadi tempat rehat VVIP  sempena kedatangan Raja Perempuan Kelantan ke situ, ada sukan rakyat. Hari rabu pulak terpaksa pergi ke PKG Kangkong, mesyuarat pengurusan kena ganti boss aku. Lepas tu ari khamis pulak buat program pemilihan tokoh nilam peringkat daerah Tanah Merah.  Wooo letihnya. Balik rumah ptg khamis tu terus lepak, baru rasa letih. Tapi puas hati.

Tiada ulasan: