08 September 2009

Selamat Berjuang

Kepada semua murid tahun 6 amnya dan kepada anakku Angah khas selamat menempuh peperiksaan UPSR. Buat sehabis baik dan jangan buat nak cepat siap. Buat dengan hati-hati terutama sekali dengan soalan-soalan yang mudah. Semoga sukses.

04 September 2009

Selamat Menjalani UPSR

Saya mengucapkan selamat berperang dengan UPSR yang akan diadakan pada 8 hingga 10 September ni, terutama sekali kepada anak aku nombor 2. Buat sehabis baik. Jangan risau tentang result, hanya perlu buat yang terbaik saja. Abah tak kisah tentang result kerana itu adalah ketentuan Allah tetapi yang penting adalah usaha kita. InsyaAllah jika diizinkan, Angah akan dapat result yang cemerlang. Dan kepada semua murid tahun 6 yang bakal berperang tu, harap buat yang terbaik dan semua ibubapa mendoakan kejayaan anda.