05 Januari 2009

Majlis khatam Quran


Posted by Picasa

Pada 25 Disember 2008, aku mengadakan majlis khatam Quran bagi dua anak aku yang sulong dan no.2. Ingat nak buat kecik-kecik ajer tapi mak aku nak buat agak besar juga. Terpaksa lah buat agak besar juga. Buat kat umah mak aku di Pengkalan Kubor. Ramai juga yang dia panggil lebih kurang 50 orang. Geng mengaji Quran mak aku, semuanya dipanggil. Nasib baik makanan cukup. Tungkus lumus isteri aku memasak. Kesian dia letih juga. Buat dua jenis menu, orang Johor punya menu, soto dan mee kari. Siap buat pulut kuning.

Tiada ulasan: