15 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. "Guru Pembina Negara Bangsa", itulah tema hari Guru Tahun ini. Hayatilah tema itu dengan sepositif yang mungkin. Walaupun guru sekarang sudah tidak lagi di pandang tinggi oleh masyarakat, tapi saya percaya guru-guru kita masih lagi menjalankan tugas dan amanah dengan sejujur dan seikhlasnya. Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi guru saya dari sekolah rendah sehinggalah saya sendiri menjadi seorang pendidik.

"Terima kasih cikgu,
kerana sudi ajar saya
hingga kenal merah biru
tahu nilai budi bahasa."

dipetik dari lagu dikir Arwah Cikgu Naim, "Terima kasih Cikgu"

Ni link ke tempat untuk download lagu tema hari guru 2009.

11 Mei 2009

Masuk Opis




Dah seminggu aku tak masuk opis, last aku masuk ari Ahad minggu lepas, pastu hari Isnin aku kat SMK Belimbing ambil gambar Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Kelantan, pah tu ari Selasa dan Rabu kat situ lagi tapi Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat negeri Kelantan juga, ari Khamis pula, member dari PKG Banggol minta tolong ambil gambar mikro teaching kat SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 1, orang JPN Kelantan nak. Nampaknya minggu lepas asyik usung kamera video ajer. Sepatutnya minggu lepas aku dah bereskan pemantauan ke tiga buah sekolah, tapi apa nak buat kena pikul kamera pulak. Nampaknya tertangguh lagilah SKT aku minggu lepas.
Minggu ni pulok nak edit video yang aku ambil minggu lepas, lepas edit baru antar ke JPN. Tangguh lagi jadual pemantauan aku ke sekolah. Buat kerja orang dahulu, kerja sendiri tertangguh. Apa boleh buat kita hanya menurut perintah.
 Kat atas tu gambar diambil masa pertandingan memasak, member aku yang ambil gambar still, aku pulok ambil gambar video.

10 Mei 2009

Kacau

Semalam saja-saja aku nak tukar kulit blog aku, pah tu aku tak ingat nak donlod dulu blog aku yang lama. So bilo aku tukar kulit banyak yang tak bekenan, jadi aku tukar balik yang lama, banyak benda yang aku dah buat dalam blog aku hilang. Kesian aku, kena buat semula la. Tak fasal-fasal kena bertumah (cakap kelate) semula. Padan muko aku.

09 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Buat ibu ku dan ibu mertua ku, diucapkan selamat hari ibu. Tiada hadiah yang mahal dari ku sekeluarga hanya kasih sayang yang tak pernah padam dan sentiasa mekar dihati kami. Semoga kehidupan ibu berdua sentiasa di berkati dan dirahmati Allah S.W.T.
Posted by Picasa

21 April 2009

Kursus Pengurusan PSS Cemerlang dan Pengurusan NILAM 2009



Bermula 20 hingga 22 April 2009, opis aku mengadakan kursus kepada GPMS sekolah-sekolah kelompok. Fasilitator hanya Boss aku dan aku sendiri saja. Tak jemput pegawai lain, semua sibuk terutama pegawai dari BTPN kerana ada yang terpaksa pergi ke KL, Program NILAM peringkat kebangsaan dan juga ada hari bertemu pelanggan kat BTPN. So terpaksa lah handle sendiri. Harap-harap semua peserta kursus dapat mengikuti kursus ini dengan sebaiknya.
Posted by Picasa

18 April 2009

Gambar lama

Ari ni aku ado di opis, kena buka opis kerana ado sekolah buat LDP kat aku, jadi walaupun cuti terpaksa datang juga. Boring-boring ni rewang dalam internet, pergilah kat photobucket, akupun tak ingat dah, rupa-rupanya aku ada akaun kat sini dan ada simpan gambar. Gambar anak aku yang bongsu dimajlis cukur jambulnya. Gambar ni tiga tahun lepas. Klik sini untuk lihat album

13 April 2009

Exam

Hari ni hari kedua aku menduduki peperiksaan OUM, semalam aku ambik kertas pendidikan seni, ari ni pulok aku exam kertas matematik. Tinggal sa lagi kertas iaitu kertas kemahiran hidup pada 25.4.2009. Sakit palo juga. Payah wooo. Relaks sikit sekarang ni sambil tunggu 25hb ni pulok nak berperang.