12 Januari 2009
Masjid lama
Ni gambar masjid Al Huda yang lebih lama. Akupun tak tahu gambar bila ni. Tu yang ramai-ramai, budak sekolah, dok tengok jentolak. Masa tu, ramai yang tak kenal jentolak. Gambar ni diambil dari kawasan sekolah. Sekarang ni, kawasan tempat budak sekolah tu dah jadi klinik gigi sekolah. Gambar original ada ngan aku. Buat simpanan.
Masjid Al Huda Pengkalan Kubor
Ni gambar-gambar masjid Al Huda Pengkalan Kubor. Tempat aku dibesarkan. Masa ni aku masih lagi sekolah rendah dalam tahun 70an. Tarikh tepat aku tak ingat. Gambar ni ada dalam simpanan aku. Sekarang Masjid ni dah jadi masjid terbaik negeri Kelantan 2008. Dah banyak berubah. Nak tahu cerita tentang masjid ni gi lah sini http://www.masjidallhuda.blogspot.com/ . Ada blog sendiri. Canggih.
05 Januari 2009
Majlis khatam Quran

Pada 25 Disember 2008, aku mengadakan majlis khatam Quran bagi dua anak aku yang sulong dan no.2. Ingat nak buat kecik-kecik ajer tapi mak aku nak buat agak besar juga. Terpaksa lah buat agak besar juga. Buat kat umah mak aku di Pengkalan Kubor. Ramai juga yang dia panggil lebih kurang 50 orang. Geng mengaji Quran mak aku, semuanya dipanggil. Nasib baik makanan cukup. Tungkus lumus isteri aku memasak. Kesian dia letih juga. Buat dua jenis menu, orang Johor punya menu, soto dan mee kari. Siap buat pulut kuning.
Langgan:
Catatan (Atom)



