16 Disember 2008

Eduwwebtv

Hari ini masuk hari kedua aku berkursus tentang eduwebtv. Kursus yang diberikan kepada geng-geng aku adalah untuk pasukan pengurus perubahan dan sokongan yang dipertanggungjawabkan kepada semua PTP PKG seluruh Malaysia. Eduwebtv salah satu lagi projek mega Kementerian Pelajaran Malaysia dan masih belum dilancarkan lagi, masih dalam peringkat percubaan. Mungkin tahun depan akan dilancarkan secara rasmi. Agak membosankan juga kursus ini, mungkin line internet kat aku kursus agak slow. Kursus ini pulak 100% berasaskan web dan internet, jadi banyak perkara tak selesai bila line slow. Entahlah sekolah-sekolah boleh guna atau tidak eduwebtv ini, nak tengok secara online agak susah sikit kerana line slow terutama sekali jika line schooolnet, download pulok agak lambat juga. Kalau nak cuba lihat bolehlah melayari laman web eduwebtv tu. Ada aku masukkan dalam pautan atau kat sini www.eduwebtv.com

Tiada ulasan: