09 Mei 2009
Selamat Hari Ibu
Buat ibu ku dan ibu mertua ku, diucapkan selamat hari ibu. Tiada hadiah yang mahal dari ku sekeluarga hanya kasih sayang yang tak pernah padam dan sentiasa mekar dihati kami. Semoga kehidupan ibu berdua sentiasa di berkati dan dirahmati Allah S.W.T.
21 April 2009
Kursus Pengurusan PSS Cemerlang dan Pengurusan NILAM 2009
Bermula 20 hingga 22 April 2009, opis aku mengadakan kursus kepada GPMS sekolah-sekolah kelompok. Fasilitator hanya Boss aku dan aku sendiri saja. Tak jemput pegawai lain, semua sibuk terutama pegawai dari BTPN kerana ada yang terpaksa pergi ke KL, Program NILAM peringkat kebangsaan dan juga ada hari bertemu pelanggan kat BTPN. So terpaksa lah handle sendiri. Harap-harap semua peserta kursus dapat mengikuti kursus ini dengan sebaiknya.
18 April 2009
Gambar lama
Ari ni aku ado di opis, kena buka opis kerana ado sekolah buat LDP kat aku, jadi walaupun cuti terpaksa datang juga. Boring-boring ni rewang dalam internet, pergilah kat photobucket, akupun tak ingat dah, rupa-rupanya aku ada akaun kat sini dan ada simpan gambar. Gambar anak aku yang bongsu dimajlis cukur jambulnya. Gambar ni tiga tahun lepas. Klik sini untuk lihat album
16 April 2009
13 April 2009
Exam
Hari ni hari kedua aku menduduki peperiksaan OUM, semalam aku ambik kertas pendidikan seni, ari ni pulok aku exam kertas matematik. Tinggal sa lagi kertas iaitu kertas kemahiran hidup pada 25.4.2009. Sakit palo juga. Payah wooo. Relaks sikit sekarang ni sambil tunggu 25hb ni pulok nak berperang.
08 April 2009
Sothink Video Encoder for Adobe Flash
Ni satu lagi program yang aku guna. Nak encode fail-fail flv. donlod kat sini
26 Mac 2009
Bengkel kat Penang
Dari 23 Mac hingga 26 Mac, aku berada di BTPN Penang. Ada bengkel DDC kat sini. Kontingen Kelantan seramai 5 orang. Kasman PKG Keterah, Radzuan PKG Pasir Pekan, Wan Hussain PKG Tumpat, Wan Hisham PKG Cherang Ruku dan aku sendiri. Seronok juga kat sini, walaupun kerja agak menjemukan tapi seronok kerana dapat gi round-round Penang. Nanti upload gambar-gambar kat sini.
20 Mac 2009
Majalah Guru tahun 1953
14 Mac 2009
Selawat Versi Kelantan dan Versi Moden
Sempena bulan Maulud ni, saya telah uploadkan selawat untuk anda semua. Ada dua jenis, satu versi Kelantan satu lagi versi Moden.
Donlod di sini
Langgan:
Catatan (Atom)







