16 Disember 2008

Eduwwebtv

Hari ini masuk hari kedua aku berkursus tentang eduwebtv. Kursus yang diberikan kepada geng-geng aku adalah untuk pasukan pengurus perubahan dan sokongan yang dipertanggungjawabkan kepada semua PTP PKG seluruh Malaysia. Eduwebtv salah satu lagi projek mega Kementerian Pelajaran Malaysia dan masih belum dilancarkan lagi, masih dalam peringkat percubaan. Mungkin tahun depan akan dilancarkan secara rasmi. Agak membosankan juga kursus ini, mungkin line internet kat aku kursus agak slow. Kursus ini pulak 100% berasaskan web dan internet, jadi banyak perkara tak selesai bila line slow. Entahlah sekolah-sekolah boleh guna atau tidak eduwebtv ini, nak tengok secara online agak susah sikit kerana line slow terutama sekali jika line schooolnet, download pulok agak lambat juga. Kalau nak cuba lihat bolehlah melayari laman web eduwebtv tu. Ada aku masukkan dalam pautan atau kat sini www.eduwebtv.com

12 Disember 2008

Apa ni???????



Gambar apa ni? Cuba teka. Ada pada lembu.
Posted by Picasa

Keluarga ku


Gambar ni diambik lepas sembahyang raya.
Posted by Picasa

Hari Raya Korban 2008


Gambar keluargaku, bersama ngan anak-anak dan isteri serta mak dan ayahku serta keluarga adikku dan mak sedara bersama anak-anaknya(sepupuku) serta anak-anak sedara ku yang mana sekarang tinggal ngan mak ayah ku, bapa dan mak mereka berada di Mekah menunaikan haji.


Nilah lembu yang bakal dikorbankan. Kat belakang umah keluargaku ada 6 ekor yang dikorbankan. Ni lembu bahagian aku bersama ngan ayahku dan mak sedara ku.

Gotong royong melapah daging lembu.

Sedang membahagikan daging kepada 7 bahagian.


Posted by Picasa

07 Disember 2008

Bunga Orkid 2




Posted by Picasa

Bunga Orkid




Posted by Picasa

Anak-anak ku


Penawar hatiku, 3 pasang anak-anak ku yang ceria. dari kiri, Hamizan (No.3), Hamizah (No.4), Hafizal (No.6), Hafizan (No.5), Hazimah (N0.1) dan di belakang, Haziqah (No.2). Gambar ni diambil di Taman Bustanul A'rifiin, Sekolah Kebangsaan Bukit Panau, sekolah tempat mereka belajar dan tempat Umi mereka mencurahkan bakti.
Posted by Picasa

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Nak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini. Lembu-lembu lagu mana? Harap-harap dah ikat elok-elok jangan terlepas pula, letih nak ngejar nanti. Aku juga korban satu bahagian, RM300. Korban kat kampung di Pengkalan Kubor.

01 Disember 2008

Kursus Fotografi 1


Satu lagi gambar yang diambil di Taman Rama-rama kat Cameron Highland.
Exposure Time = 1/60 sec [0.017]
F Number = 28/5 [5.600]
ISO Speed Ratings = 200
Exposure Bias Value = 0
Max. Aperture Value = 50/10
Flash = Flash did not fire
Focal Length = 135 mm
Posted by Picasa

Kursus fotografi


Ni gambar yang diambil semasa kursus fotografi di Cameron Highland tempoh hari.
Exposure Time = 1/80 sec [0.013]
F Number = 28/5 [5.600]
Exposure Program = Aperture priority
ISO Speed Ratings = 200
Max. Aperture Value = 50/10
Focal Length = 135 mm
Posted by Picasa

Catatan Pertama

Ni kes boring kat pejabat ni, kerja tak banyak sangat, hujan pulak, tu yang buat blog ni. Hajat nak postkan gambar-gambar yang diambil. Banyak gambar-gambar bunga dan pemandangan yang diambil berada dlm komputer, ingat nak kongsi dengan blogger lain, nak minta pandangan dan pendapat. Kalu ada pendapat, komen bolehlah beri.